JDT Bodoh ?

jdt bodoh

Adui, lagi sekali aku buat entry bodoh kan orang , haritu aku buat pasal KJ, time ni pulak , check nuffnang, ada yang cari pasal JDT bodoh pulak. Oklah, aku nak buat jugaklah, sebab lagipun, adik ipar aku, Hadi otak Movie, memang gila JDT, so why not kita baca sikit kisah JDT ni. Apapun, aku khaskan juga entry ini kepada kawan-kawan facebook di luar sana, terutamanya wan kasim, syed, aminesm, dan akeem keroncong dari kumpulan Redemption yang reggae tak ingat nye. JOMMM BACA !!!

Kehebatan Fandi Ahmad ?

Aku tak pertikai, kehebatan Fandi Ahmad adalah satu punca dulu bola sepak negara kita popular. Tengok sahaja aksinya bersama Kuala Lumpur, Pahang, dan tak lupa juga dia mewakili pasukan Singapura dalam Liga Dunhill divisyen 1 dahulu.

Nak kata hebat tak hebat, dia memenangi Piala Malaysia dengan 3 kelab terebut, 1987 bersama KL, 1992 bersama Pahang, dan 1994 bersama Singapura. Aku masih ingat lagi, Singapura pertama kali menjulang Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, sejak stadium keramat pasukan Amri yahyah itu dibina.

Aksinya membodohkan Pahang 4-0 semasa final tetap menjadi ingatan. Tapi zaman itu aku rasa, Rasuah adalah Musuh Nombor 1 Negara. Zaman muda Fandi Ahmad juga berjaya mewakili kelab di Eropah FC Groningen pada tahun 1983. Kecoh juga budak-budak troll bolasepak, postkan video Fandi Ahmad menjaringkan gol menentang kelab inter milan. Memang hebat.

Walaupun Fandi Ahmad dikatakan tidak bagus sebagai jurulatih, nah, korang, sekarang JDT no 2 di belakang Lions dalam liga super, dan mara ke final Piala FA 2013. Fandi membuktikan, JDT hebat kerana dia. Tengok, kecuali Matyo dan Awe, semua player bintang, safiq rahim, safee sali, zaquan, dan sebagainya, tak dapat tempat dalam skuad utama, sebab prestasi tidak menentu.

Mat Yo bukan YOYO ?

Hahah, yang ini dulu aku pernah letakkan Mat Yo sebagai lone striker untuk pasukan Malaysia. Tapi jangkaan aku silap ketika Mat Yo bersama JDT. Aku memperhatikan Mat Yo, bukanlah YOYO yang sekejap naik dan sekejap turun, tapi prestasinya makin bagus, ye betul, makin bagus.

Tak sia-sia TMJ ambil dia, sanggup sign kontrak dalam Hospital walaupun peminat semua tidak sukakan pasukan yang digelar Manchester City Malaysia. Mat yo di JDT, telah bertukar wajah, dari seorang lone striker, menjadi kepada attacking midfielder, ataupun backup striker. Banyaknya gol player import JDT sekarang, adalah hasil dari gerak kilat Mat Yo yang berjaya membuka permainan untuk JDT menyerang pasukan lawan.

Korang tengok balik gol Nunez, dan Da Silva, hooo, mostly aku cakap, kalau takda Mat Yo, tak boleh cari makan pasukan import JDT. Selain itu juga, Nurul Azwan Roya, atau Awe, adalah kawan baiknya ketika di Kelantan, banyak membantu Mat Yo untuk bergerak  masuk ke dalam kawasan lawan. Awe cukup faham bebenar cara Mat Yo bermain, dan terus memudahkan Mat Yo terus mendapat tempat dalam kesebelasan utama JDT !!!

Pasukan Berlagak ?

Semua pasukan nak kalahkan JDT, ye, lepas JDT masuk kedalam kancah Liga Super 2013, mereka terus dilabel sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Liga Super. Apapun, perlawanan pertama JDT, terus diaibkan oleh Pahang 3-2, yang lebih malu lagi, mereka telah mendahului Pahang dengan jaringan 2-0, hasil dari gol Mat Yo dan Safiq Rahim. jdt bodoh

Lebih memalukan lagi, mereka kena rembat 4-1 dengan Selangor di Shah Alam satu ketika masa Liga Super. Aku sempat bawak lagi Hadi Otak movie tengok game tu. Memang best, layan, game tu. Tapi, selepas itu, Daniel Guizza dan Simone Del Nero, pergi meninggalkan JDT, maka mereka mula sedar, ya mereka pun pasukan biasa.

Atas satu titik perubahan kesedaran, Fandi Ahmad telah membuat perubahan, Safiq Rahim tidak lagi mendapat tempat, dan akhinyr, JDT terus cemerlang. Bayangkan 3 kali bangkit di tempat lawan, ketika lawan Kedah, Selangor dan yang terbaru Pahang. JDT bangkit dari ketinggalan untuk menang.

Maruah mereka berjaya dipulihkan, banyak pemain baru menyinar seperti Ezri, Thanaraj dan sebagainya. Alhafiz juga terus cemerlang sebagai penjaga gol pilihan, selepas menjadi wira ketika penalty shootout menentang Selangor di Stadium Shah Alam.

Boys of Straits (B.O.S) ?

Aku katakan, BOS adalah betul-betul wakil tunggal kelab JDT untuk memimpin pasukan sorak JDT. BOS yang dikira sebagai Ultras Johor, berjaya menggamatkan pasukan lawan, dengan sorakan Luaskan Kuasamu Johor.

Aku tengok bagusnya JDT kali ini ialah pasukan sorak mereka bersatu padu, dan boleh dikatakan menggerunkan. Sebab aku sendiri tengok mereka Chant di Stadium Shah Alam tempoh hari. Tapi lain pulak dengan pasukan negeri yang dah establish seperti Kelantan, Selangor. Masih ada fan club asal, yang memainkan gendang yang bagi aku tiada makna dan ketinggalan.

Sampai satu tahap itu, TSAM pun mengeluh kerana suara penyokong yang tidak sama. Sekejap Ultras nak nyanyi, kejap kelab penyokong , membuatkan semuanya tak bersatu. Ini tidak berlaku kepada JDT, BOS lebih dominan dan semua fans mereka mengikut nanyian semangat BOS. Luaskan KUASA MU JOHOR, memang superb !!! jdt bodoh

Tengku Mahkota Johor TMJ , Pemain No 1 JDT ?

TMJ berjaya menyatukan rakyat Johor untuk kembali memeriahkan arena bola sepak negara. Dengan beberapa insiden askar masuk stadium, dan beberapa lagi isu hangat berkaitannya. Nyata, itu bukan alasan TMJ untuk terus membangunkan bolasepak JOHOR. Satu ketika Johor FC dengan tebuan hidup segan mati tak mahu, meneruskan perjuangan rakyat johor dalam bola sepak.

TMJ pula resah gelisah dengan Johor FA yang tidak begitu menonjol. Langkah drastik TMJ untuk mengubah dan rebranding balik Johor FC dengan menamakan semula sebagai Johor Darul Takzim FC, JDT. Semua peminat, termasuk artis, pakai jersey JDT. Takdalah pulak artis lain nak pakai jersey pasukan lain. Maybe tasha shilla sorang je kot yang pakai jersey Selangor, sebab faktor Mahali Jasuli.

JDT terus mengorak langkah, jersey ala-ala Barcelona, terus di pakai oleh rakyat Johor, dan malah bukan Johor pun beli juga. Tak pernah-pernah yang tak suka tengok bola, terus tengok bola atas dasar JDT yang menghangatkan lagi kancah bola sepak negara. Aku pernah membaca status rakan facebook yang menceritakan penghormatannya kepada TMJ. Beliau mengambil berat tentang BOS dan penyokong JDT yang lain, terutamanya ketika JDT menentang Pahang di Stadium Darul Makmur.

Kecoh kerana limpahan penyokong, TMJ katanya ada ketika itu, dan memimpin penyokong harimau selatan untuk keluar dengan selamat. Walaupun ada gossip dengan Fazura, dikatakan berlagak, tapi hasilnya ada, rakyat Johor bersatu di bawah panji JDT !!! jdt bodoh

JDT akan terus Cemerlang atau Bodoh ?

Sesuatu yang merisaukan aku ialah masa depan JDT itu sendiri. Tengok pada kelab Manchester City yang hanya menang sekali BPL. Tapi duitnya telah berlambak keluar, membazir, terus tercicir selepas hanya menang satu musim. Real Madrid juga terus ditimpa malang dengan gaji dan pembaziran player bintang.

Aku mengharapkan TMJ akan lebih fokus kepada pembangunan dari akar umbi. Kalau boleh, bawak datang pakar-pakar luar negara untuk membentuk dan menggilap player muda JDT. Memang tak salah nak beli player lain. Tapi harapan anak muda johor  untuk berbakti kepada Harimau Selatan adalah satu perjuangan Murni. TMJ mempunyai dana dan kuasa untuk memperjuangkan matlamat anak muda JOHOR !!!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply