Malaysia Kalah Sebab Stadium

malaysia kalah sebab stadium

Malaysia kalah sebab stadium . Yes betul, itulah yang berlaku. Bukan sebab tak bagus main. Walaupun adalah beberapa aksi merapu, keletihan, tak konsisten, tapi sebenarnya aku nak cakap karma dari tindakan FAM yang tak pandai pilih stadium. Inilah satu karma kepada Malaysia.

MALAYSIA 0-2 Oman. Masa Penuh. Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia. Malaysia Kalah Sebab Stadium ?

Point 1

Predictable.

Game Malaysia sangat mudah dijangka dengan set pemain yang diturunkan dalam 5 game terakhir memudahkan scouting lawan buat kerja analisis.

Point 2

Zero match fitness.

Kejadah haram yang buat jadual season break masa Malaysia sedang dalam persediaan penuh perlawanan antarabangsa. 20 minit pertama masih tak settle down.

Boleh tengok Syamer Kutty tu contoh hidup. Kenapa contoh hidup?

Dia sepanjang season pun gagal jadi regular kelab. Ini pulak kau panggil main setahun sekali, game penting lagi. Kalau dah satu lemau, hak lain ikut huru hara la.

Point 3

Leadership.

Kita takda player yang out spoken dan ada kredibility pemimpin dalam padang. Yang berpengaruh dan boleh instruct teammates dalam padang. Sejak habis era Safik Rahim, Shukor Adan, belum ada pemain yang ada kualiti tu dengan baik. Jadi star saja tak cukup. Dah kalau member kau buat salah kau maki je lah. Ini kau orang mudah sangat buat muka frust. Kau ingat kamera tak tala muka kau ke nak tayang live kat TV?

Point 4

Bala Timur Tengah

Tidak dinafikan, Malaysia punya badi bila lawan pak-pak Arab ni memang semacam je. Gap intensiti pun memang jauh. Daripada dulu, inilah kualiti Malaysia bila bertembung dengan pak Arab. Tak tahu la nak kata. Maybe sebab arab buat terawih 20 rakaat takda komplen kot.

Point 5 – Idealisme KPG

‘the idea is there’ tapi itulah. Nak salahkan dia saja tak boleh. Dia cuma menjaga maslahat daripada mudarat yang lebih besar. Dengan liga tak berjalan, dia terpaksa mengharap set pemain yang dibawa ke Piala Asia hari tu dengan harapan, paling tidak dapat mata seri. Menutup bala lebih besar dengan cuba bereksperimen dengan aet pemain baru.

Atok letak RM5 atas meja, habis kelayakan ni KPG letak jawatan. Kenapa? Tanya fans Hong Kong selepas hampir 75% dia bawa masuk pemain naturalisasi dalam pasukan, lepas gagal, dia blah. Mereka ada jawapan.

Point 6

Hans Isaac

Apa kau buat?

Point 7

Komentator

Kau perfect dowh!

Point 8

Menang puji kalah maki.

Point 9

MOTM

Syihan Hazmi

Point 10

Jangan komen suruh Atok lukis. Sia-sia pahala puasa Atok carutkan kau orang nanti. Dah la terawih tadi buat 8.

Begitulah…

Nak layak memang kena menang semua game di tempat lawan lepas ni. Harap ada peluang.

Sekian…

**Maaf. Lama tak membebel pasal bola. Sibuk kejar duniawi dan ukhrawi.

Saya rasa mungkin ini game terakhir HM yang saya akan lihat. Malaysia Kalah Sebab Stadium ?

Saya akan ulas. Saya tengok game Malaysia sejak berumur 9 tahun. Dan setiap perlawanan saya akan tertunggu tunggu.

Malaysian football was an escape from reality for me. Kalau saya tengah sedih atau stress, saya akan tengok berulang kali highlight game Malaysia mencatatkan keputusan positif.

Cuma kali ini bila tengok, betapa sedihnya bolasepak Malaysia.

Pengajur liga sendiri lebih mementingkan kewangan dan diri sendiri dengan menunda tarikh liga. Kesannya, pemain jadi lemau dan stamina mereka sangat teruk.

Pihak stadium sendiri lebih mementingkan keuntungan poket mereka. Padang yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara digadai meskipun perkara ini sudah sering berlaku.

FAM sendiri tidak mahu mengeluarkan duit mereka untuk memujuk pemain warisan berkualiti di luar negara. FAM cuma mahu pemain pemain ini melutut dan merayu datang ke pejabat FAM mengemis IC. Jawapan paling mudah tanpa perlu keluar duit,”mereka penipu ada darah Malaysia”.

Effect kalah bola buat ramai fans Malaysia jadi tiada mood dan akan bersedih lama. Sebab bola adalah satu sumber kegembiraan bagi rakyat negara kita.

Paling perit, Indonesia akan memintas ranking Malaysia setelah 10 tahun.

Malaysia kalah 2-0 pada Oman.Ralat betul.

Oman main tak best pun.Cuma kesilapan Malaysia bagi lawan penalti dan defensif error bagi Oman dua gol.First half Midfield Malaysia tak hidup tak kreatif.Passing sangkut , create chance susah.Second half masuk endrik,brendan,paulo nampak hidup sikit tengah.Ada pergerakan, hantaran masuk dalam box lawan.Tapi gagal dapatkan gol.Syihan motm. 5 kali crucial saves.

Ariff aiman kerap digunakan dalam fasa serang lawan.Second half Malaysia lebih baik dari first half.Banyak serang tapi buntu.Masalah Malaysia di second half,banyak passing ke final third lawan sangkut, tak tepat dan disekat lawan.

Nak crossing bola dan main longball tapi kerap kalah duel aerial dengan player lawan.Kalah tetap kalah.Apa pon gomo malaysia gomo.Selamanya Harimau Malaya. Malaysia Boleh !!!!! .

KERAJAAN tidak bercadang membina stadium berbeza untuk penganjuran konsert dan skuad Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kerajaan tidak mampu untuk menampung pembinaan stadium tersebut dan tumpuan adalah untuk memastikan penggunaan seimbang Stadium Nasional Bukit Jalil untuk sebarang penganjuran aktiviti dan kegunaan pasukan Harimau Malaya.

“Kalau saya diberikan pilihan semestinya saya nak dua stadium yang berlainan. Tetapi stadium yang mempunyai kapasiti 80,000 orang memang hanya satu iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Macam konsert Cold Play dan Harimau Malaya, stadium akan penuh jadi untuk kita sekarang adalah mengimbangkan penggunaan kerana kita tidak mampu untuk membina satu stadium dalam masa terdekat.

“Cuma yang paling dekat saya rasa stadium di Shah Alam yang akan dibangunkan oleh Selangor nanti. Harapan saya dengan kehadiran pakar yang akan membantu, kita akan ‘turn over’ padang tersebut dengan cepat,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat Rabu lalu.

Sebelum ini, stadium tersebut sering menimbulkan isu terutama selepas berlangsungnya sebarang konsert yang menyaksikan padang mengalami kerosakan yang teruk.

Ia sekali gus menyebabkan perlawanan membabitkan pasukan Harimau Malaya terjejas dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong bola sepak negara.

Terbaharu konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran di Bukit Jalil bulan lalu sekali lagi mengundang masalah padang apabila dilaporkan rumput tidak berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 Harimau Malaya menentang Oman pada 26 Mac nanti.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply