Juara Silat Dunia

juara silat dunia

Juara Silat Dunia ? Sempena kemenangan dan persaraan jufferi al jamari Tuah Taat sebagai juara dunia silat kali ke4 , meh saya nak kenalkan seorang lagi jaguh dunia dalam kejuaraan dunia persilatan juga.

Nama beliau Ahmad Faisal Omar Shawn Omar atau lebih dikenali shawn komando dan seorang anak jati kuala kedah. Beliau pernah menjadi Juara Pencak Silat Olahraga Dunia (World Pencak Silat Championship ) pada tahun 2002.

Kejayaan Beliau Ahmad Faisal Omar Shawn Omar

1992~ World Pencak Silat Championship:
Pingat Perak
1993~ SEA Games, Singapura:
Pingat Gangsa
1994~World Pencak Silat Championship
Pingat Perak
1995~ SEA Games, Changmai, Thailand:
Pingat Emas
1997~ SEA Games, Jakarta, Indonesia:
Pingat Perak
1997~ World Pencak Silat Championship:
Pingat Perak
1999~ SEA Games, Brunei:
Pingat Perak
2001~ SEA Game Kuala Lumpur, Malaysia:
Pingat Emas
2002~World Pencak Silat Championship:
Pingat Emas

2003~ Jurulatih Malaysia di SEA Games Vietnam

Dia pernah dikatakan sewel

Gara-gara sering dilihat berlari pada waktu tengah hari rembang dari Bandar Alor Setar ke Pekan Kuala Kedah. Kadang beliau akan menaiki bas dari Kuala Kedah dan selepas turun di Alor Setar dan akan terus berlari pulang ke Kuala Kedah sejauh 16 kilometer.

Beliau digelar shawn komando kerana beliau adalah bekas anggota Rejimen ke-22 Komando pernah bertugas di Cawangan Tempur Tanpa Senjata, Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Sungai Udang, Melaka, Dan kini beliau menjadi seorang coach silat MSN Kedah.

Beliau bermula mengikuti kejuaraan dunia pencak silat pada tahun 1992 dan berazam menjadi juara dunia. Selepas beliau berjaya mengecapi kejayaan sebagai juara dunia, dia tidak lagi menoleh kebelakang untuk memburu lebih banyak kemenangan dalam kejohanan silat.

Shawn omar juga pernah mempertahankan kedudukannya sebagai juara kebangsaan selama lima kali berturut-turut dalam tiga kategori berlainan iaitu kelas G, H dan I. Beliau juga terpilih sebagai pesilat terbaik kebangsaan , malah pada tahun 2002, dia sekali lagi terpilih sebagai ‘Pesilat Terbaik Kebangsaan’. Bukan itu saja beliau juga pernah bergelar juara taekwando kebangsaan pada tahun 1997 dan 1999.

Namun untuk bergelar juara dunia bukanlah mudah

Walaupun doktor melarangnya untuk mengikuti kejohanan/kejuaraan silat lagi, ekoran tulang kaki beliau retak ketika kejuaraan pencak silat dunia di thailand .Beliau tetap tidak peduli. Semangat beliau memang kuat dan jitu walaupun tulang kakinya retak. Beliau bertekad untuk tidak akan berundur daripada sukan silat olahraga selagi tidak bergelar ‘Juara Dunia’. Dan akhirnya segala usaha dan tekad beliau membuahkan hasil apabila berjaya menjadi juara dunia kejuaraan pencak silat dunia .

Sejak berkecimpung dalam silat olahraga, Ahmad Faisal pernah dinobatkan sebagai Olahragawan Kor Gerak Khas sebanyak dua kali di samping Olahragawan Melaka selain Olahragawan ATM dan Olahragawan Tentera Darat.

Bagi beliau , beliau sudah puas dengan segala pencapaian dan kemenangan yang beliau perolehi . Impian beliau kini menjadi jurulatih yang melahirkan lebih ramai pesilat Malaysia di peringkat Antarabangsa..

Semoga dengan persaraan bekas² juara dunia , akan melahirkan lebih ramai lagi pelapis yang bakal mengikuti jejak langkah para pesilat lagenda kita yang berjaya menjadi juara dunia.

Info : Tengku Daeng Mawelle

Lagenda : Juara Dunia Di Jakarta Segar Di Ingatan Zakri Ibrahim

Dia pernah digugurkan dari skuad Sukan Sea 2001 kerana masalah disiplin, malah rayuannya untuk kembali mewakili skuad negara pernah ditolak, namun itu tidak sedikitpun menenggelamkan reputasi hebat bekas pesilat negara, Zakri Ibrahim, yang cukup dikenali sebagai pejuang sejati yang memiliki semangat kental seorang pendekar.

Pernah terjebak dalam kontroversi sehingga tersingkir daripada pekerjaan lamanya sebagai anggota polis, Zakri tidak menjadikannya sebagai alasan untuk mengalah sebaliknya berdiri teguh, menapak setapak demi setapak demi minatnya terhadap Silat Olahraga. 

Namanya sinonim di arena seni mempertahankan diri warisan budaya Melayu sejak zaman-berzaman ini, apatah lagi berkecimpung selama 26 tahun iaitu sejak berusia 17 tahun, pelbagai kejayaan diraihnya sehingga saat menoktahkan karier pada tahun 2004.

Bermula sekadar mempelajari ilmu mempertahankan diri

yang sememangnya menjadi kebanggaan anak melayu ketika itu, Zakri atau lebih glamer dengan panggilan Cikgu Zack, mula mewakili negara dalam acara Pencak Silat (Olahraga) sejak 1987, ketika itu usianya 19 tahun.

Menariknya penampilan pertama Zakri di dua kejohanan besar tahun 1987 iaitu Sukan Sea dan Kejohanan Dunia, meninggalkan kenangan manis buatnya, apabila berjaya membawa pulang masing-masing pingat perak dan pingat gangsa – kejayaan yang boleh dianggap besar melihat pada usianya yang masih muda.

Kejayaan demi kejayaan dicipta. Ini membolehkan Zakri diangkat sebagai permata sukan silat negara pada zaman kegemilangannya. Seangkatan dengan Yazid Ariffin, Wardi Salim dan Mohd Khairi Abd Rahman.

Dikenali sebagai seorang yang selalu merendah diri, Zakri terus mengorak langkah dan seringkali mengungguli pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Pingat gangsa di Sukan Sea dan Kejohanan Dunia 1989.

Ditukarnya kepada kilauan emas pertama peribadi di Sukan Sea 1991. Ini mungkin berkat beralih kepada Kategori H (76kg-80kg), berbanding Kategori D (55kg-60kg) pada tahun-tahun sebelumnya.

Zakri terus menyerlah di beberapa kejohanan antarabangsa dengan Sukan Sea terus menjadi medan buatnya mempamerkan  bisa. Apabila meraih emas (1995) dan gangsa (1997). Namun kemuncak kegemilangannya adalah ketika ditabalkan sebagai juara dunia di Jakarta pada November 2000. Ini yang disifatkannya sebagai kenangan terindah sepanjang bergelar pesilat negara.

Zakri menewaskan wakil tuan rumah, Samuel Amarillo, 3-2 di final Kategori Putera J pada aksi final.

6 bulan selepas itu, detik hitam dalam kariernya apabila digantung dari skuad negara bersama rakan sepasukan Azlinda Ahmad. Ini kerana meninggalkan kem negara dan ke bercuti ke luar negara, tanpa kebenaran Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka). (baca sini).

Beliau selepas itu kembali dalam skuad negara, dan berjaya meraih pingat gangsa di Kejohanan Dunia 2004. Sebelum bersara pada tahun sama, atas faktor usia yang mencecah 35 tahun ketika itu.

Meskipun sudah bersara. Bapa kepada 5 cahayamata hasil perkongsian hidup bersama Noraswana Ahmad. Beliau tetap mengabdikan diri kepada seni silat, dengan bertindak sebagai jurulatih dan pengadil di Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia. Baginya silat sebahagian daripada sesuatu yang sudah sebati dengan dirinya dan sukar untuk dipisahkan. 

Zakri mengakui Malaysia tidak pernah sekalipun ketandusan bakat baru dalam dunia silat. Mahu melihat Malaysia terus cemerlang dalam melahirkan pesilat bertaraf dunia. Malah dua pesilat muda negara Mohd Hafifi Habibilah dan Safri Khalid adalah antara pesilat yang digilap bakat mereka, oleh Zakri.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply