Morocco Sejarah World Cup ?

morocco sejarah world cup

Morocco Sejarah World Cup ? Ada ke yang tak kenal player morocco yang tiba2 mencipta sejarah pasukan afrika pertama layak pergi semi final world cup 2022? Player morocco bukanlah biasa2, mereka memang bermain di kelab bolasepak terbaik cuma tak kerap masuk TV je

Semalam tu kiranya perlawanan bola antara pemain bola sebenar & pemain bola populis.

Morocco ni dah jadi champion African Nation Championship pada tahun 2018 & 2020 tapi macam biasa, game di afrika memang orang tak minat nak tengok haha

Goalie:
Yassien bounou: Sevilla (spain)

Defend:
Achraf hakimi : PSG (france)
Jawad el yamiq : Valladolid (spain)
Romain Saiss : Besiktas (turkey)
Yahia Attiyat Allah : Wydad AC (morocco)

Midfield:
Azzedine Ounahi : Angers (france)
Sofyan Amrabat : Fiorentina (italy)
Selim Amallah (belgium) : Standard Liege (belgium)

Penyerang:
Hakim Ziyech : chelsea (england)
Youssef En Nesyri : Sevilla (spain)
Sofiane Boufal (france) : Angers (france)

Sub:

Noussair mazraoui: Bayern Munich (german)
Abdo Hamdallah: Al-ittihad (arab)
Anass zaroury: Burnley (england)
Abdelhamed Sabiri: Samprodia (italy)
Munir mohamedi: Al-wehda (arab)
Ilias chair : queen park ranger (england)
Zakaria aboukhlal : Toulouse (france)
Abde ezzalzouli : Osasuna (spain)
Achraf dari : Brest (italy)
Walid cheddira : Bari (italy)
Ahmed reda tagnouti : wydad fc (morocco)
Bilal El Khannouss : KRC genk (belgium)
Bard Bennoun: Qatar SC (Qatar)
Yahya Jabrane: Wydad FC (morocco)

Coach yang berjaya membawa morocco ke piala dunia ialah Vahid Halilhodvic,

tetapi dipecat selepas prestasi yang merudum dalam african cup nation 2021. Walid Regragui dibawa sebagai coach baru bagi menghadapi piala dunia pada bulan ogos 2022. Kawan ketaq habis sebab tak pernah jadi coach negara, hanya coach kelab sebelum ni.

Namun taktikal yang digunakan di Wydad Fc sebelum ni berjaya membawa kejayaan kepada team morocco. Kalau dapat pergi final, comfirm nama coach & semua player ni naik mendadak.

RAKYAT MOROCCO & RESOURCEFULNESS

Cerita sikit pengalaman melawat Morocco sebab ramai yang tak expect mereka boleh sampai ke Quarter Final World Cup 2022.

Alhamdulillah, saya pernah melawat beberapa tempat di Morocco pada tahun 2019. Saya ke sana pun bukan sebab niat nak ke sana, tapi mengambil kesempatan disebabkan saya pergi ke Lisbon, Portugal dan juga Malaga, Spain.

Bila tengok peta, antara negara yang menarik untuk saya explore adalah Morocco. Sebab dekat dengan Spain dan ada sejarah Islam yang menarik di situ iaitu Tariq Bin Ziyad, Komander Kerajaan Umayyah, yang ditugaskan untuk menakluk Wilayah Hispania (Portugal & Spain) bermula tahun tahun 711 – 718. (Ini antara sebab saya pakai no. Plate kereta 711)

Apa yang menarik kisah Tariq Bin Ziyad berkenaan kisah beliau lead tentera nak tawan eropah, dengan bakar kapal setelah sampai di tanah Eropah melalui Selat Gibraltar. Antara kata2 yang famous dan menjadi inspirasi adalah apa bila Tariq memberitahu tentera Islam masa tu berkenaan kapal nak balik dah takde, jadi sama ada mereka menang atau syahid. Anda boleh baca sejarah Tariq bin Ziyad ni.

Bila saya dapat tahu sahaja trip Star Club (insentif dari syarikat saya berniaga) ke Lisbon, Portugal dan Malaga, Sepanyol, saya terus explore apa option itenary kalau nak extend trip ke Morocco. Saya beritahu wife planning ke Morocco, dia pun excited. Sebab tak pernah sampai sana.

Kenapa saya tulis pasal RESOURCEFULNESS? Apa itu RESOURCEFULNESS?

Baik, saya share dulu apa itu RESOURCEFULNESS. Bahasa mudah nak faham, maksudnya resourcefulness adalah “KEBOLEHAN MENGGUNAKAN SUMBER YANG ADA DENGAN BAIK”. Jadi orang Morocco ni sangat resourcefulness. Nanti saya akan ceritakan kenapa saya cakap macam ni.

Sambung semula cerita saya dari MALAGA nak kena Morocco. Last day saya kat Malaga, Spain, saya duduk hotel biasa sahaja sebab sebelum tu semua duduk hotel 6-7 star. Sebab company sponsor. Saya pilih untuk ambik kereta (sewa dengan driver) untuk ke Port Tarifa.

Port Tarifa, Spain ni adalah port di mana ferry ke Port Tangier, Morocco. Oleh kerana saya tak nak tergesa-gesa, jadi saya beli tiket Feri pukul 12.00 tengahari. Sebab perjalanan dari Malaga ke Port Tarifa tu amik masa 2 jam. Saya ambik UBER dan masa tu yang datang bawak kereta Merc E250.

Memang best la kan. Baru 10 minit bertolak, driver tu bagitau, nak ikut highway atau nak maintain route asal.

Saya tanya kenapa?..Sebab kalau ikut route asal ni lewat sejam sebab ada accident. Alamakkk!..saya cakap, saya tak boleh lambat sebab saya tdah beli tiket feri pukul 12.00 tghari. Kalau lambat habis nanti program saya.

Saya fikir sejenak, tanya wife saya, lepas tu decide…Ok, ikut highway lah, cuma kena tambah dalam RM100++ extra. Tapi saya fikir, dari saya terlepas feri, lebih baik saya bayar je RM 100. Tak tahu sama ada orang tu sengaja scam saya ke tidak, tapi memang betul, lepas tu driver tu ikut jalan lain dan masuk highway. Memang kena bayar toll. Cuma yang bagusnya adalah tetiba saya sampai ke Port Tarifa tu awal 2 jam. Budget sampai dalam pukul 11.30 am. sekali sampai pukul 9.30 am.

Saya tengok tiket pukul 12.00 tghari, tapi ada feri yang dah tunggu. Saya pun tanya kat kaunter dan tunjuk tiket yang saya beli, adakah saya boleh naik feri ni…orang yang jaga kaunter tu kata boleh. Fuhh…terbaik la. So, maksudnya saya akan sampai lebih awal kat Morocco nanti. Dan kalau ikutkan masa yang saya dah semak, naik feri 2 jam 15 min. So, dalam 12.15 tengahari saya sampai seberang (Port Tangier – Morocco). Morocco sejarah world cup.

TAHNIAH QATAR . World Cup kali ni memang best.

Qatar betul betul tidak peduli dengan kritikan dan cabaran yang dihadapi dari luar. Mereka teruskan juga dengan kehendak ingin membawa budaya Islam dan mengenepikan budaya ElJiBeeTee serta berjaya membuatkan para wanita berpakaian sopan.

Kerana BEST sangat World Cup kali ni, dengan kehadiran team under dog seperti Morocco, dengan teknologi VAR dan bola sepak itu sendiri, membuatkan boss besar aku iaitu GM Maccaferri minta aku setkan 1 time untuk menonton WC beramai ramai.

Date yang dipilih Final World Cup.

Atas alasan, esoknya iaitu hari ini ada Annual Dinner so semua Maccaferrian dari pelusuk Malaysia bagi Sales,Technical dan Marketing berkumpul.

Cabaran pertama adalah kesuntukan masa sebab idea camni tetiba pop up dari beliau. Cabaran kedua adalah mana tempat nak tengok. Dah konfirm kalo kat restoran semua mesti ada cost nak kena book semua.

Dipendekkan cerita, booking la AirBNB. Supaya rakan2 yang travel dari jauh boleh stay terus kat AirBNB tu. Kiranya menyelam sambil minum air. Carilah Banglo yang ada 4 ke 6 bilik untuk muatkan 6 orang, tapi boleh lepak santai sampai 16 ke 20 orang.

Dan jumpalah rumah di Bangsar yang within our budget tapi keadaan rumah untuk berlepak santai tu tercapai la. Kalo dari segi rating aku bagi rendah je sebab tak berapa well maintain, tapi disebabkan harga banglo di tengah tengah kota raya yang affordable, kami ok je la dengan sedikit pengubahsuaian dari kami sendiri untuk dapatkan excitement yang momentum.

Argentina Menang

Dan 70% prediction dari hadirin yang hadir malam tadi meramalkan Argentina menang malam tadi dan keadaan sangat enjoy bila tengok France bounce back di saat akhir. Very good final . Makanya kejap lagi nak check out kan mereka di Bangsar ini dan aku pun SIGN OFF la as Ketua Berseronok bagi Party World Cup Final Maccaferri.

Tetapi kena SIGN IN pula sebagai Ahli Komiti bagi Grand Annual Dinner bagi Maccaferri Malaysia dan Asia pada petang ini di TTDI. Kita layan . Seronok tengok gambar Messi disarungkan Jubah kemenangan dan senyuman kepuasan terlihat mekar di muka seorang Lagenda ini. Tahniah. Sign Off Ketua Berseronok

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply