SUKAN

cerita pelik pasal sukan

Vince Mcmahon WWE Bersara

Vince Mcmahon WWE Bersara

SLOT WRESTLING.

BERAKHIR ERA 42 TAHUN VINCENT KENNEDY MCMAHON BERSAMA WWE.

Pada episod SmackDown minggu ini, peminat sukan gusti diseluruh dunia menerima berita pengunduran chairman WWE, Vince dari arena gusti professional. Pada usianya menjejak 77 tahun, Vince meninggalkan syarikat keluarga yang dimonopolikan sejak 42 tahun yang lalu.

Bagi peminat-peminat sukan gusti khususnya, nama Vince sangat besar. Dia bukan sahaja bertindak selaku pemilik WWE, malah turut membina reputasi gah sebagai commentator selama 27 tahun. Dia kemudian turut menceburi bidang wrestler dengan gimik Mr. Mahon.

Selama 42 tahun bersama WWE, Vince berjaya melakukan beberapa transformasi untuk mengekalkan prestij company untuk peminat. Sepanjang dibawah tangannya, Vince berjaya mencipta beberapa ‘era’ mengikut kehendak storyline dia mahukan.

Antara zaman yang diilhamkan oleh idea Vince seperti,

1. Golden age era (80an ke awal 90an)
2. New generation era (awal 90an)
3. Attitude era (pertengahan 90an ke 2000)
4. Ruthless era (era 2002 ke 2008)
5. PG Era (2008 – 2013)
6. Reality era (2014 – 2016)
7. The new era (2017 sehingga kini)

Setiap era mempunyai nilai yang tersendiri dimana era-era berikut berjaya meletakkan nama WWF/WWE berada satu tahap tertinggi berbanding brand wrestling yang lain.

Kebijaksanaan Vince dalam mengatur setiap era disusun dengan jalan cerita, konsep pementasan, gimik meliputi kehendak sentiasa mengikut citarasa yang diinginkan penonton.

Mari kita singkap era-era dibawah idea Vince McMahon ini.

(Golden era)

Contohnya Golden era pada awal 90an sehingga awal 90an. Vince mendapatkan khidmat Hulk Hogan, Randy Macho Man, Rowdy Piper, Ricky The Dragon antara nama yang Vince berjaya push menjadi superstar. Cabaran Vince tidak mudah dimana persaingan ketika itu melibatkan NWA dan AWA bersama WWF. Tapi Vince punya marketing betul-betul gila, dia berusaha keras memastikan WWF menjadi top one diantara company-company yang ada. Sebelum supercard Wrestlemania pertama diadakan pada 1985, NWA terlebih dahulu memiliki pay-per view pertama iaitu Starccade pada 1983. Vince kemudian memperbesarkan mainstream WWF kepelusuk US dengan marketing media massa yang dirancang dia. Hasilnya WWF ketika itu berjaya melibatkan Muhammad Ali, Mr T antara nama besar dalam penglibatan sukan gusti WWF.

Dalam Golden era, pencapaian terbesar Vince bersama WWF adalah acara pay-per view Wrestlemania III dimana Vince berjaya mencipta satu skrip bagi pertemuan Hulk Hogan menentang Andre The Giant. Wrestlemania III berjaya mendapat hampir 93,000 penonton dalam event indoor. Kutipan tiket melebihi 1.6 juta manakala keuntunggan bayaran melebihi 10.3 juta.

(New generation era)

Pada 1993, Vince menyedari persaingan WCW mula memberi tekanan untuk WWF. WCW mula membayangi WWF dengan kejayaan mendapatkan semula beberapa talent seperti Ric Flair, Sid Vicious, Bos Man, Big Van Vader selain mengekalkan watak utama mereka, Sting.

Pada pertengahan 1993, skuad Mega Power star diketuai Hulk Hogan, Macho Man dan Miss Elizabeth telah beralih ke WCW. Ia tamparan hebat kepada Vince ketika itu. Mengikut khabar angin, pasukan Mega Power tidak gemar selepas Vince meringankan atau kecilkan roles mereka dalam company. Sebenarnya Vince telah plan sesuatu yang lebih besar.

Selepas terpalit isu steroid dikalangan wrestler, Vince mengambil keputusan untuk mengubah era Golden kepada new generation. Konsep Vince bermula pada 1992 dimana beberapa youngest star diberi posisi utama dalam main event seperti Wrestlemania, Summer Slam atau Survivors Series. Nama-nama seperti The Undertaker, Shawn “HBK” Michael dan Bret The Hitman Hart telah mengambil alih peranan utama dalam WWF.

Vince juga bijak dalam percaturan membawa talent lebih segar seperti Diesel dan Ramon Razor masing-masing dari WCW dan AWA.

Dalam New generation era ini juga, Vince telah memperbaiki beberapa aspek seperti mewujudkan tag team division dan women division.

Masa ini perlawanan bagi main event untuk title WWF Champions antara yang menarik. Bermula Diesel, Bret Hart kemudian ke era Shawn Michaels title run pada 1996.

Bak kata Vince, the leader of new generation.

( Attitude era)

Ini mungkin titik tolak kejatuhan dan kebangkitan untuk karier Vince dimana kedudukan WWF mula tergugat dengan kehadiran Monday Nitro oleh company WCW sebelum mereka merampas kembali posisi top company. Vince menukar WWF Raw kepada Raw is War sekaligus ia menerbitkan persaingan Monday Night War bagi kedua-dua company.

Dalam attitude era, Vince menaikkan konsep elemen keganasan, sexual gimik sebagai teras utama sementara WCW lebih kuat berkonsepkan rivalry feud. Ketika WCW mengganas dengan kejayaan New World Order (NWO) sebagai jalan cerita utama, Vince masih giat melahirkan bakat-bakat baru untuk storyline WWF. Antaranya Stone Cold Steve Austin, Mick Foley, Triple H, The Rock dan Kane sebagai teraju utama.

Dalam attitude era juga lahirnya karakter utama untuk Vince yang keluar tugas commentator pada 1997. Bermula kejadian ‘Montreal Screwjob’, Vince ‘membunuh’ populariti Bret Hart dengan memgkhianati superstar dari Kanada itu. Tersebar khabar angin mengatakan hubungan dingin Vince dan Bret bermula retak selepas kedua-dua mereka gagal dalam rundingan kontrak baru dan kenyataan Vince mengatakan populariti Bret semakin menurun.

Bret akhirnya keluar dan sertai WCW sementara watak villain Mr. Mahon dijadikan priority. Feud bersama anti-hero Stone Cold mendominasi jalan cerita WWF ketika itu.

Bagi menambah seri, Vince turut menukar karakter The Undertaker kepada Ministry of darkness pada 1999. Ia sedikit sebanyak memberi kelainan tetapi masih mengekalkan konsep dark side dalam diri Undertaker.

Vince kemudian mendapatkan Chris Kreski iaitu penulis jalan cerita mengantikan Vince Russo yang sertai WCW. Kreski bijak dalam mengembalikan minat penonton dengan menyediakan elemen lebih ganas, lebih bahaya, lebih epik dalam setiap acara WWF. Contohnya acara Tables, Ladder dan Chair (TLC), Hell In The Cell dan menaikkan siri women division.

Kemunculan siri tag team division lebih segar dari Hardy Boyz, Dudley Boys, The Brood, D-X, New Age Outlaw, Too Cool dan APA turut mengembalikan rating WWF.

Walaupun attitude era diberi saingan kuat oleh WCW, Vince masih memperoleh keuntunggan besar selepas Titan Sport, syarikat parents kepada WWF meraih kejayaan dari segi komersial. WWF kemudian melancarkan satu lagi program, WWF Smack Down.

(Ruthless era)

Ini adalah era terbesar bagi Vince. Vince berjaya membeli 2 company pencabar kepada dia iaitu WCW dan ECW. Bagi Vince, mungkin dia sudah penat bersaing dan dengan kewangan dia yang kuat, Vince menamatkan riwayat kedua-dua pesaingnya dan membuka episod baru untuk WWE iaitu ruthless era.

Selepas berjaya dalam misi ‘invasion’, Vince masih mengekalkan tradisi dia membawa nama-nama baru untuk brand dia. Lahirlah Brock Lesnar, John Cena, Randy Orton, Batista antara top ring-performer untuk Vince. Dia juga turut membawa beberapa super-talent WCW seperti Bill Goldberg, Scott Steiner, Kevin Nash, Hulk Hogan, Scott Hall, Booker T kedalam company.

Program Raw dan Smack Down dibesarkan. Buat kali pertama Vince mewujudkan 2 title belt utama. Pertama WWE Championship dan World Heavyweight Championship yang merupakan replica dari kejuaraan dunia WCW Championship.

Walaubagaimanapun segalanya menjadi titik hitam bagi Vince bermula tahun 2005 kemudian 2007. Pada 2005, bermula kematian Eddie Guerrero dan kematian Chris Benoit pada 2007. Vince telah berubah secara drastik.

Ruthless era dianggap antara penyebab utama kepada kejadian tersebut. Antaranya penggunaan ubat penahan sakit berlebihan dan impak atau kesan kecederaan terutama di kepala dari hentakan kerusi besi. Vince seperti mengambil iktibar dari 2 kejadian itu dan memansuhkan penggunaan hentakan kerusi ke kepala untuk pengusti. Senang cerita feud berdarah-darah sudah dihentikan oleh WWE.

..

PG Era ke New Era. (Ringkasan 2008 ke kini)

Bagi peminat-peminat wrestling, sejak PG Era sehingga kini, New Era, tidak banyak perbezaan. WWE lebih berkonsepkan family – friendly, lebih menonjolkan aliran universal untuk semua lapisan penonton. Dulu sebelum PG Era, wrestling adalah tontonan 18 ke 49 tahun. Selepas PG Era, ia sudah soft, tidak lagi bertunjangkan keganasan.

Vince masih berkonsepkan fan-favourite (baby faces), anti-hero, villain dalam setiap feud, jalan cerita dia cuma ia dah tak macam dulu-dulu lagi.

Hell in the cell pun dah bertukar warna merah. Tidak lagi membabitkan pertemuan berdarah, cuma hanya aksi dalam sangkar besi biasa sahaja. Penggunaan kerusi, meja serta tangga juga dihadkan.

Ia sedikit bosan terutama bila penonton sudah boleh menjangkakan ‘the chosen one’ pilihan Vince akan diangkat sebagai watak utama.

Ketika umurnya 77 tahun, mungkin Vince sudah tidak lagi kuat memikirkan semua benda dia lakukan sejak 42 tahun yang lalu. Rumours juga berkait rapat mengenai kes-kes luar company terhadap Vince.

Pengumuman pengunduran Vince diumum oleh anaknya sendiri, Stephanie McMahon.

Terima kasih Vince yang sudah mewarnai kehidupan remaja kami, terutama dalam zaman kami peminat sukan gusti membesar. Dari era sewa tape ke dvd ke era live streaming sekarang.

Begitu banyak karakter yang berjaya dicipta Vince sehingga memberi impak besar contohnya The Rock atau Dwayne Johnson antara bintang terbesar Hollywood sekarang.

Tak lupa beberapa pengusti ternama seperti The Undertaker, Shawn Michaels, Stone Cold, Triple H, Brock Lesnar antara fan-favourite sepanjang zaman.

Leave a Reply

%d bloggers like this: